Penyediaan Nota Sejarah Secara Dalam Talian

5 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 04 July 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan kelas asas Microsoft office secara individu menggunakan Microsoft Word. Peserta merupakan pelajar tingkatan 1 SMK Siburan telah datang ke Pusat Internet untuk menyiapkan tugasan sekolah. Peserta meminta bantuan dari penyelia di PI untuk mengoperasikan google dengan betul agar beliau dapat mencari rujukan yang sesuai dengan tugasan yang diberikan oleh guru. Di awal kelas, peserta telah didedahkan dengan kempen kesedaran Klik dengan Bijak iaitu buli siber. Peserta dibawa untuk menontok klip pendek berkaitan tajuk. Dalam masa sama, penyelia berkongsi tips dan hak individu dalam mengatasi masalah tersebut.

Seterusnya, perkongsian berkaitan cara mengoperasikan google dalam mencari rujukan dalam talian. Peserta boleh memilih untuk melihat slaid, video dan nota dalam pdf serta Power Point untuk rujukan. Sehubungan itu, proses ini juga memberi peluang kepada peserta untuk mengulangkaji beberapa kemahiran dalam menggunakan google sebagai pencarian grafik dan juga mengulangkaji cara-cara untuk memasukkan gambar ke dalam Ms. Word. Kelas berlangsung selama tiga (3) jam iaitu bermula pada jam 2:00 petang hingga 5:00 petang.

Berikut merupakan kebaikan menghadiri aktiviti/latihan:
• Peserta dapat meningkatkan pengetahuan berkaitan pembelajaran dalam talian.
• Peserta dapat mengulangkaji cara mengoperasikan google untuk mencari rujukan dan fungsi Ms. Word dalam menyimpan sumber yang dikehendaki.
• Peserta mengetahui sumber rujukan yang boleh dipercayai dan boleh digunakan untuk pembelajaran di sekolah.
• Peserta sentiasa peka dengan etika, hak dan tanggungjawab mereka semasa menggunakan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali